Langkau ke kandungan utama

Catatan

Syawal Iqbal - Insaf (Official Lyric Video)

Catatan terbaharu

The Making Of - Insaf

Syawal Iqbal Harap Sokongan Peminat

Syawal Iqbal atau nama penuhnya Muhamad Syawal Iqbal Mahhassan, berharap mendapat sokongan peminat industri hiburan apabila impiannya bergelar artis rakaman hampir terlaksana. Terpilih sebagai artis pertama syarikat rakaman Xanadu Records yang baru ditubuhkan suku pertama tahun ini, Syawal, 21 tahun bakal membawakan lagu berjudul Insaf sebagai single pertamanya.   Penuntut Ijazah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa UniKl Kota Bahru bagaimanapun berdepan kekangan waktu disebabkan pendemik Covid19 yang melanda seluruh dunia. Mengikut jadual asal, rakaman single pada awal Jun lalu. "Agak sukar juga bila saya menetap di Kota Bahru sedang syarikat rakaman beralamat di Kuala Lumpur. Semuga pendemik Covid19 segera dapat diatasi dan saya dapat meluangkan masa untuk sessi rakaman yang akan dijadualkan semula," beritahunya ketika dihubungi. Lagu Insaf ciptaan lagu dan  lirik oleh TyraSyaf boleh diikuti dalam bentuk rakaman suara melalui telefon pintar dan boleh diiikuti melalui muat nai

Xanadu Records jenama baru industri rakaman.

Xanadu Records masih asing bagi pengikut industri rakaman video dan seni suara kerana ia baru ditubuhkan dibawah akta syarikat sendirian berhad.  Tidak seperti kebiasaan, Xanadu Records ingin mempelupori dua bidang dibawah satu bumbung iaitu penyediaan studio rakaman video dan seni suara. Ia bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat digital masakini dimana tumpuan pemain industri kearah memuat turun kandungan ke dalam talian internet. Ia merupakan risiko yang harus didepani dengan keyakinan yang tinggi kerana menceburi dua bidang berkaitan dalam satu masa merupakan cabaran yang besar dari sudut modal, kepakaran dan idea penerbitan. Untuk tujuan itu, Xanadu Records kini dalam proses penyediaan mini studio rakaman video dan rakaman suara sekaligus.  Pencetus idea ini adalah saudara Mahadhir Mohamad yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang kewartawanan dan juga dalam pengurusan artis syarikat rakaman. Xanadu Records dijangka beroperasi sepenuhnya pertengahan April 2021