Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Xanadu Records jenama baru industri rakaman.

Xanadu Records masih asing bagi pengikut industri rakaman video dan seni suara kerana ia baru ditubuhkan dibawah akta syarikat sendirian berhad.  Tidak seperti kebiasaan, Xanadu Records ingin mempelupori dua bidang dibawah satu bumbung iaitu penyediaan studio rakaman video dan seni suara. Ia bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat digital masakini dimana tumpuan pemain industri kearah memuat turun kandungan ke dalam talian internet. Ia merupakan risiko yang harus didepani dengan keyakinan yang tinggi kerana menceburi dua bidang berkaitan dalam satu masa merupakan cabaran yang besar dari sudut modal, kepakaran dan idea penerbitan. Untuk tujuan itu, Xanadu Records kini dalam proses penyediaan mini studio rakaman video dan rakaman suara sekaligus.  Pencetus idea ini adalah saudara Mahadhir Mohamad yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang kewartawanan dan juga dalam pengurusan artis syarikat rakaman. Xanadu Records dijangka beroperasi sepenuhnya pertengahan April 2021